Malaysia duduki tempat ke-13 indeks pemulihan Covid-19 Nikkei

MALAYSIA berada di kedudukan ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei, selepas hampir dua tahun memerangi pandemik Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam hantaran di Facebook malam ini beliau berkata Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei menunjukkan perbezaan antara Asia dan Barat, dengan kebanyakan negara merekodkan peningkatan kes terutama disebabkan varian Omicron […]