Proses kelulusan pengiklanan umrah, ziarah ditangguh, kata Motac

PROSES kelulusan pengiklanan pakej umrah atau ziarah ditangguhkan mulai 8 Januari, kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) hari ini. Motac dalam kenyataan berkata ia adalah kerana tarikh penerbangan, yang merupakan syarat wajib dalam pengiklanan, tidak boleh ditentukan susulan keputusan kerajaan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan umrah bermula 8 Januari bagi membendung penularan varian Omicron Covid-19. Menteri Kesihatan […]