Tol percuma Deepavali belum dibincang

Putrajaya belum berbincang dengan syarikat pengendali lebuh raya bertol mengenai kemungkinan tol percuma sempena perayaan Deepavali hujung minggu ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Abdul Rahman Mohamad. Katanya, pengumuman mengenai tol percuma itu akan dibuat sekiranya ada kelulusan daripada Kementerian Kewangan. “Setakat ini saya nyatakan belum ada perbincangan lagi, kalau ada pengumuman, ia akan dibuat […]
10% belanja di Me’nate Steak Hub akan disumbang ke Palestin

Prihatin dengan penderitaan yang dialami penduduk Palestin, restoran Me’nate Steak Hub melancarkan kempen makan dan derma di semua 13 cawangannya di seluruh negara. Kempen yang akan berlangsung selama 15 hari bermula 6 hingga 20 November depan mensasarkan sumbangan sebanyak RM300,000 sebagai tanda solidariti restoran itu membantu mangsa penindasan tentera Zionis. Pengarah Urusan Palace Butcher Resources […]
Belia hingga usia 35 tahun perlu sertai PLKN?

Ramai pengguna meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui belia berusia sehingga 35 tahun perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang sebelum ini dimansuhkan pada 2018. Ia susulan ciapan oleh seorang pengguna dikenali sebagai @connerylazenby di aplikasi X yang memuat naik tangkap layar artikel sebuah media tempatan mengenai pengumuman itu. Di dalam artikel […]
Bantuan awal persekolahan disalur ikut rekod sekolah, kata Fadhlina

Ibu bapa dan penjaga tidak perlu mengisi borang permohonan untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 yang diumumkan Isnin lepas kerana ia akan disalurkan mengikut rekod yang ada di sekolah anak masing-masing, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Bercakap kepada media selepas Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan di sini hari ini, beliau berkata BAP yang […]