Search
Close this search box.

Tol percuma Deepavali belum dibincang

Cikgu Mimie

Cikgu Mimie

tol
Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

Putrajaya belum berbincang dengan syarikat pengendali lebuh raya bertol mengenai kemungkinan tol percuma sempena perayaan Deepavali hujung minggu ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Abdul Rahman Mohamad.

Katanya, pengumuman mengenai tol percuma itu akan dibuat sekiranya ada kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

“Setakat ini saya nyatakan belum ada perbincangan lagi, kalau ada pengumuman, ia akan dibuat oleh MOF (Kementerian Kewangan), jika dapat kelulusan MOF baharu Kementerian Kerja Raya akan umumkan pelepasan tol itu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanya sama ada kerajaan akan memberi tol percuma sempena sambutan Deepavali, ketika orang ramai dijangka pulang ke kampung atau mengambil kesempatan bercuti di luar kawasan.

Deepavali bakal disambut Ahad ini, menjadikan di sesetengah negeri Isnin dikira sebagai cuti ganti kepada cuti umum.

Kementerian Pendidikan pula menetapkan cuti tambahan sehari sebelum dan sehari selepas, menjadikan sebahagian negeri bercuti antara Jumaat dan Isnin, sementara sebahagian lagi antara Sabtu dan Selasa.

Semasa cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada April lalu, Putrajaya memberikan tol percuma yang disebut sebagai ‘tol rahmah’ selama empat hari melibatkan 33 lebuh raya utama di seluruh negara.

Sila komen di sini