Search
Close this search box.

10% belanja di Me’nate Steak Hub akan disumbang ke Palestin

Cikgu Mimie

Cikgu Mimie

menate-palestine
Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

Prihatin dengan penderitaan yang dialami penduduk Palestin, restoran Me’nate Steak Hub melancarkan kempen makan dan derma di semua 13 cawangannya di seluruh negara.

Kempen yang akan berlangsung selama 15 hari bermula 6 hingga 20 November depan mensasarkan sumbangan sebanyak RM300,000 sebagai tanda solidariti restoran itu membantu mangsa penindasan tentera Zionis.

Pengarah Urusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd yang juga pemilik Me’nate Steak Hub, Syed Ashraf Syed Ali berkata langkah ini mengambil kira kepada keadaan yang berlaku di Gaza.

“Kami positif untuk capai sasaran RM300,000 dalam tempoh 15 hari. Kalau dapat sambutan yang baik daripada pelanggan kami jangkakan ia lebih daripada itu.

“Dari segi menu kami tidak terhadkan, pelanggan boleh belanja segalanya. Apa saja yang mereka belanjakan 10% akan disumbangkan ke Palestin.,” katanya pada sidang media kempen ‘Dine And Donate For Palestine’.

Syed Ashraf juga berharap agar inisiatif seperti ini akan turut di sertai oleh premis- premis makanan lain.

“Jika kempen ini mendapat sambutan kami tidak teragak- agak untuk meneruskannya pada masa hadapan.

Ditanya sama ada tempoh kempen sama ada tempoh kempen ini terlalu singkat, Syed Ashraf berkata pihaknya mahu mengumpul sumbangan dan hantar ke Palestin secepat mungkin.

“Kita nampak keadaan mendesak, jadi kita nak tengok sepanjang 15 hari ini sambutan daripada pelanggan macam mana.

“Kalau perlu dipanjangkan atau perlu dibuat pada masa akan datang kami akan membuat pengumuman selanjutnya tapi kali ini ‘short term’ kita nak kumpul secepat mungkin dan sumbang secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, Muaz Omar yang mewakili Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PICOM) turut mengucapkan terima kasih atas usaha dan prihatin masyarakat yang membantu penduduk di Gaza

“Kami berterima kasih ke atas bantuan yang tidak putus- putus diberikan. Kepayahan yang sedang dilalui rakyat kami menjadi sebab untuk kita lebih dekat dan erat.

“Cukup menakutkan apabila membayangkan keadaan yang terpaksa dihadapi saudara kita di sana terutamanya orang awam dan kanak-kanak. Malah ketika ini bukan sahaja bantuan makanan dan perubatan yang diperlukan tetapi kedatangan musim sejuk juga akan menjadi satu lagi cabaran besar buat mereka di sana,” katanya.

Sila komen di sini