Search
Close this search box.

Boleh tutup sekolah tanpa kelulusan PPD jika IPU lebih 200

admin

admin

jerebu-2023
Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

Oleh Mohd Azlim Zainury

Pihak sekolah boleh menutup sekolah tanpa menunggu kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor sekiranya keadaan jerebu semakin teruk dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Exco Kesihatan Awam, Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau, Jamaliah Jamaluddin berkata, arahan berkenaan adalah berdasarkan garis panduan telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Menurut garis panduan KPM, tiada sebarang aktiviti luar yang harus dijalankan oleh sekolah sekiranya bacaan IPU melebihi 100 manakala sekiranya melebihi 200, sekolah wajib ditutup.

“Oleh itu, pihak sekolah (di Selangor) tidak perlu menunggu kelulusan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memandangkan ini berkaitan dengan perihal kesihatan pelajar,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Pada Isnin, kualiti udara di lima kawasan di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melebihi 140 setakat 10 pagi ini.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Banting merekodkan 156, Klang (155), Petaling Jaya (143) manakala Shah Alam dan Johan Setia masing-masing 153.

Turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Cheras (157) dan Bukit Rambai, Melaka (153).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui IPU terkini.

Sumber: Sinar Harian

Sila komen di sini