Search
Close this search box.

3,000 sekolah digazet PPS sebagai persiapan banjir, kata Fadhlina

admin

admin

Fadhlina Sidek
Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

 

Sebanyak 3,000 sekolah di seluruh negara digazet sebagai pusat pemindahan banjir (PPS) sebagai persiapan menghadapi banjir.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, semua sekolah berkenaan dalam keadaan bersiap sedia termasuk di Pantai Timur yang kini berada dalam musim peralihan Monsun Timur Laut.

Katanya, pihaknya sentiasa bersiap sedia dan jawatankuasa banjir KPM juga sudah mengadakan mesyuarat dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Sekolah yang digazet membabitkan 3,000 buah sekolah di seluruh negara juga dalam keadaan siap sedia. Setakat ini persiapan kita berjalan lancar.

“Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah dari segi fasiliti, latihan persediaan berdepan banjir dikalangan guru, bilik gerakan banjir KPM sendiri bagi memantau dan juga dari segi operasi.

“Sebagai contoh jika ada jangkaan tertentu dari MetMalaysia (Jabatan Meteorologi), kita akan melakukan pemindahan aset,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Agrotek Madani di Kolej Vokasional di Pasir Puteh, di Pasir Puteh, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga sudah membuat persediaan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya berlangsung ketika banjir.

“Kita juga mengingatkan semua pelajar dan warga guru supaya sentiasa mengambil langkah keselamatan sekiranya berdepan bencana banjir,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, MetMalaysia mengingatkan orang ramai supaya sentiasa cakna fenomena El Nino dan Monsun Timur Laut, yang dijangka berlaku serentak November ini.

Sumber: Harian Metro

Sila komen di sini