Menu Hari Ini: Kedai Awe saji masakan pantai timur

Picture of admin

admin

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

MENCARI tempat makan tengah hari di Shah Alam dan Klang, usah bimbang Kedai Awe menyajikan juadah masakan pantai timur yang cukup menyelerakan.

Terletak di kawasan kejiranan Eco Sanctuary dan Rimbayu, kedai makanan ini dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang buat masa ini.

Pemiliknya, Hemrul Elmie berkata idea pembukaan restoran ini tercetus selepas seorang kakitangan mencadangkan supaya mewujudkan kedai makan pantai timur.

“Kilang proses makanan jauh ke dalam. Biasanya kami akan tempah makanan secara katering dari luar, malah ada kalanya kami akan masak sendiri.

“Dari situ mula tercetusnya idea apabila ada seorang staf cadangkan supaya buka kedai makan,” katanya yang juga pengasas dan pemilik Chef Tako di negara ini.

Katanya, sambutan yang diterima sangat menggalakkan sejak ia dibuka manakala respons yang diterima daripada pelanggan cukup memberangsangkan.

“Mereka kata masakan yang disajikan sedap, ada yang berulang ke kedainya hampir setiap hari. Kat sini kami ada minuman istimewa Kopi Ais Golok,” tambah graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia itu.

Hemrul yang pernah bekerja sebagai seorang jurutera tidak kesal berhenti dan memulakan perniagaan berasaskan produk makanan Jepun dan sekarang membuka kedai masakan pantai timur.

Antara hidangan istimewa di Kedai Awe adalah gulai daging, ayam goreng berempah, ayam masak kicap dan ayam masak merah. Jika anda berkunjung jangan lupa merasai Kopi Ais Golok.

Google Map Lokasi : Tekan Sini

Facebook : Kedai Awe

 

Sila komen di sini