SELEPAS lapan tahun, Google hari ini menukar rupa logo Chrome-nya yang lebih ringkas sesuai dengan peredaran semasa enjin carian popular dunia itu, lapor portal berita TechNave.
Menurut portal itu skema yang sama digunakan seperti reka bentuk asas empat warna tetapi dengan perubahan yang lebih halus.
“Logo baharu mempunyai warna yang lebih cerah, bulatan biru yang lebih besar di tengah dan tiada lagi bayang-bayang. Perubahan sederhana yang dilakukan Chrome mungkin tidak akan mengelirukan pengguna.
TechNave dalam laporannya turut mendapati yarikat itu mula membuat perubahan dalam versi ujian Canary Chrome tetapi ia akan digunakan kepada pembangun, beta dan platform utama dalam beberapa minggu akan datang.
“Penguasaan Chrome yang luar biasa yang menyumbang 63% daripada penggunaan web menurut firma analitik StatCounter.
“Google juga sedang mengubahnya lagi dengan variasi berbeza yang direka bentuk untuk kelihatan lebih menarik pada Windows, MacOS dan iOS,” lapor portal berita itu.
Sementara itu, pereka Chrome Elvin Hu dalam benang tweet dipetik sebagai berkata TechNave: “Kami mahu ikon berasa dikenali sebagai Chrome, tetapi juga direka dengan baik untuk setiap OS”.
“Sebagai contoh, logo Chrome pada Windows 10 dan Windows 11 akan digradasi menjadi lebih gelap ke bahagian bawah. Warna lebih cerah pada OS Chrome dan ikon 3D pada MacOS.
“Warna hijau berubah sedikit dari bahagian kiri ke bahagian bawah. Ia bagi mengelak warna hijau yang lebih terang bersempadan dengan merah di bahagian atas,” kata Hu. – 6 Februari, 2022.