Tol percuma Deepavali belum dibincang

Putrajaya belum berbincang dengan syarikat pengendali lebuh raya bertol mengenai kemungkinan tol percuma sempena perayaan Deepavali hujung minggu ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Abdul Rahman Mohamad. Katanya, pengumuman mengenai tol percuma itu akan dibuat sekiranya ada kelulusan daripada Kementerian Kewangan. “Setakat ini saya nyatakan belum ada perbincangan lagi, kalau ada pengumuman, ia akan dibuat […]
10% belanja di Me’nate Steak Hub akan disumbang ke Palestin

Prihatin dengan penderitaan yang dialami penduduk Palestin, restoran Me’nate Steak Hub melancarkan kempen makan dan derma di semua 13 cawangannya di seluruh negara. Kempen yang akan berlangsung selama 15 hari bermula 6 hingga 20 November depan mensasarkan sumbangan sebanyak RM300,000 sebagai tanda solidariti restoran itu membantu mangsa penindasan tentera Zionis. Pengarah Urusan Palace Butcher Resources […]
Hanya remaja lahir pada 2007 dipanggil jalani PLKN

Hanya remaja yang lahir pada 2007, akan dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila ia dilaksanakan pada tahun hadapan. Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah yang baru selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628). “Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Ada garis permulaan tahun […]
Belia hingga usia 35 tahun perlu sertai PLKN?

Ramai pengguna meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui belia berusia sehingga 35 tahun perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang sebelum ini dimansuhkan pada 2018. Ia susulan ciapan oleh seorang pengguna dikenali sebagai @connerylazenby di aplikasi X yang memuat naik tangkap layar artikel sebuah media tempatan mengenai pengumuman itu. Di dalam artikel […]
Bantuan awal persekolahan disalur ikut rekod sekolah, kata Fadhlina

Ibu bapa dan penjaga tidak perlu mengisi borang permohonan untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 yang diumumkan Isnin lepas kerana ia akan disalurkan mengikut rekod yang ada di sekolah anak masing-masing, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Bercakap kepada media selepas Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan di sini hari ini, beliau berkata BAP yang […]
Pendidikan karakter, fleksibiliti, pendigitalan elemen baru persekolahan 2027

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan Jerayawara Jelajah Pendidikan ke seluruh negara bermula tahun hadapan bagi mendapatkan pandangan berhubung pelan pembangunan pendidikan berkaitan kurikulum baharu persekolahan 2027. Menterinya Fadhlina Sidek berkata antara elemen baharu yang akan diteliti termasuk pendidikan karakter, fleksibiliti dan aspek pendigitalan. “Sebagaimana disebut dalam ucapan belanjawan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (13 […]
KPM sedia teliti syor pilih pengawas ikut sistem pilihan raya

Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia untuk meneliti syor pemilihan pengawas di peringkat sekolah menengah dibuat menerusi sistem pilihan raya. Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying, turut menyifatkan syor berkenaan sebagai antara usaha memperkasakan pendidikan literasi politik, selari pelaksanaan Undi 18 ketika ini. “Cadangan ini akan diambil kira dan ia sangat baik. KPM akan mengkajinya dan terima kasih,” […]
Sekolah agensi PBB di Gaza rosak teruk dibom Israel

Sebuah sekolah milik Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) “terkena secara langsung” pengeboman dan “rosak teruk” dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, kata agensi itu lapor Agensi Berita Jerman (dpa). “Sekolah yang menampung lebih 225 orang itu rosak teruk,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan. “Tiada kemalangan jiwa direkodkan dalam kalangan mangsa […]
3,000 sekolah digazet PPS sebagai persiapan banjir, kata Fadhlina

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim Sebanyak 3,000 sekolah di seluruh negara digazet sebagai pusat pemindahan banjir (PPS) sebagai persiapan menghadapi banjir. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, semua sekolah berkenaan dalam keadaan bersiap sedia termasuk di Pantai Timur yang kini berada dalam musim peralihan Monsun Timur Laut. Katanya, pihaknya sentiasa bersiap sedia dan jawatankuasa banjir […]
Boleh tutup sekolah tanpa kelulusan PPD jika IPU lebih 200

Oleh Mohd Azlim Zainury Pihak sekolah boleh menutup sekolah tanpa menunggu kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor sekiranya keadaan jerebu semakin teruk dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200. Exco Kesihatan Awam, Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau, Jamaliah Jamaluddin berkata, arahan berkenaan adalah berdasarkan garis panduan telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM). […]