Bekas presiden MBM, Jufitri calon PKR di Rembau

Picture of admin

admin

jufitri
Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

BEKAS presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha dinamakan sebagai calon PKR bagi Parlimen Rembau. Ini sekali gus bakal bertembung dengan Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, lapor Berita Harian.

Selain itu, penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar serta Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau) akan mempertahankan kerusi yang disandang mereka.

Naib Presiden PKR, Chan Lih Kang pula diumumkan akan mempertahankan Parlimen Tanjung Malim.

Pengerusi Save Kelantan, Husam Musa yang sebelum ini disebut-sebut bertanding di Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan bertanding Pasir Mas.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk.

Penyandang kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya di Melaka itu dijangka menentang penyandang yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun pula akan mengambil alih kerusi disandang Presiden PKR Anwar iaitu Parlimen Port Dickson.

Anwar sebelum ini mengumumkan dirinya bertanding di Parlimen Tambun di Perak. Beliau akan berdepan saingan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, diletakkan sebagai calon di Parlimen Gombak bagi mencabar penyandang kerusi itu, Azmin Ali.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli diamanahkan untuk mempertahankan kerusi Hang Tuah Jaya.

Exco Selangor, Rodziah Ismail pula diberi tanggungjawab merampas kerusi Ampang yang disandang Zuraida Kamaruddin.

Penyandang ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani dipertanggungjawabkan memepertahankan kerusi itu pada PRU15 ini.

Bekas presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail tidak akan mempertahankan kerusi Pandan selepas dinamakan sebagai calon Bandar Tun Razak.

Kerusi Pandan akan dipertahankan semula oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. Dalam pada itu, MP Keadilan, Siti Aishah Shaik Ismail dinamakan sebagai calon Bagan Serai.

Anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Aziz, Nik Omar pula dinamakan sebagai calon Pasir Salak. Calon Bebas Parlimen Batu pada PRU14, Prabakaran Parameswaran diamanahkan untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Sila komen di sini