Search
Close this search box.

Sekolah agensi PBB di Gaza rosak teruk dibom Israel

Picture of admin

admin

UNRWA
Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

Sebuah sekolah milik Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) “terkena secara langsung” pengeboman dan “rosak teruk” dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, kata agensi itu lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Sekolah yang menampung lebih 225 orang itu rosak teruk,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

“Tiada kemalangan jiwa direkodkan dalam kalangan mangsa yang dipindahkan tetapi sekolah itu mengalami kerosakan struktur yang ketara.”

UNRWA berkata ia melindungi lebih 73,000 penduduk yang hilang tempat tinggal di 64 buah sekolahnya di Semenanjung Gaza.

Sumber: Bernama

Sila komen di sini